Sunday, December 29, 2013

Robot Seakan Manusia

   Setelah menamatkan pengajiannya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan kejuruteraan elektronik di Jerman, Azizi akhirnya pulang ke Malaysia dengan harapan dapat mencurahkan bakti ,jasa dan membuat perubahan dalam bidang teknologi di Malaysia. Hampir sebulan Azizi berehat dan melepaskan rindunya kepada keluarga serta tanah air akhirnya dia keluar untuk mencari pekerjaan. Dengan kelebihan yang dimiliki olehnya, iaitu memiliki kelulusan daripada universiti luar negara, rezeki bepihak kepada Azizi apabila dia diterima di sebuah syarikat elektronik yang terkenal di Kuala Lumpur.

  Dia menjawat jawatan yang tinggi dalam syarikat tersebut dan memperoleh gaji yang lumayan, bersesuaian dengan gaji yang dimiliki. Azizi sentiasa menunjukkan prestasi yang baik dalam kerjanya. Sejak kecil lagi Azizi mempunyai cita-cita untuk mencipta robot. Memandangkan kehidupan pada waktu itusangat sibuk dan ekonomi pesat membangun, Azizi berhasrat untuk merealisasikan impiannnya itu. Selama bertahun-tahun dia melakukan kajian akhirnya Azizi telah berjaya mencipta sebuah robot dengan kerjasama tunangnya, Sofia dan beberapa orang rakan sekerjanya. Robot yang dicipta itu mempunyai ciri-ciri seperti manusia, boleh berkata-kata dan mempunyai perasaan.

   Sebagai permulaan, Azizi menggunakan robot itu untuk dijadikan pembantunya. Usaha Azizi sepertinya tidak sia-sia. Robot yag diberikan nama 'Skylar' itu telah membantu memudahkan kerjanya. Skylar mampu membuat kerja-kerja rumah ,membaca, mahupun ke pasar untuk membeli barangan dapur. Syarikat dimana Azizi bekerja telah mewar-warkan kejayaan Azizi mencipta robot tersebut dan ingin memasarkannya. Penciptaan robot tersebut mendapat perhatian daripada orang ramai. Memandangkan kehidupan yang kian sibuk, orang ramai berpusu pusu untuk memilikinya meskipun Skylar belum dipasarkan lagi. Lama-kelamaan, tanpa disedari Skylar telah jatuh hati pada Sofia. Sofia merupakan seorang saintis yang cantik dan lemah lembut. Hari demi hari berlaludan Skylar menjadi semakin rapat dengan Sofia. Azizi juga tidak keberatan untuk membiarkan Skylar menemani Sofia memandangkan dia sedang sibuk dengan robot yang akan dipasarkan olehnya itu. Sofia juga lebih meluangkan masa dan keluar bersama Skylar memandangkan keadaannya yang seakan-akan manusia.

   Pada suatu hari, Skylar mendapat tahu bahawa Azizi dan Sofia akan bernikah. Hal ini telah menimbulkan kemarahan dalam dirinya dan Skylar bertekad untuk menghalang pernikahan tersebut. Hari berganti hari dan akhirnya tibalah hari pernikahan mereka. Semasa Azizi sedang bersiap untuk ke masjid bagi majlis pernikahan mereka, Skylar telah memukul Azizi sehingga pengsan lalu mengurungnya dalam stor. Skylar telah mengubah wajahnya menjadi seperti Azizi lalu dia ke masjid dan ingin menggantikan tempat Azizi.

  Tidak lama kemudian Azizi telah menyedarkan diri lalu segera ke masjid untuk menghentikan niat jahat Skylar. Setibanya di masjid ,Tok Imam baru sahaja ingin menikahkan mereka lalu Azizi menjerit 'berhenti!'. Orang ramai termasuk Sofia terkejut melihat ada dua orang serupa Azizi di situ .Azizi menceritakan hal yang sebenar lalu Skylar tiba-tiba bertindak agresif. Keadaan mula menjadi kecoh apabila Skylar ingin mencederakan Sofia jika Azizi ingin menghentikan niatnya memiliki Sofia. Tok Imam enggan menikahkan mereka. 'Mana mungkin manusia bernikah dengan robot' kata Tok Imam. Skylar naik berang lalu melarikan Sofia menaiki kereta mewah BMW milik Azizi yang dicurinya. Azizi sempat mengejarnya lalu berlaku pergaduhan antara mereka. Sementara itu, Sofia cuba menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan.

   Pihak polis tiba tidak lama kemudian dan mereka cuba meleraikan keadaan tetapi Skylar enggan mengalah. 'Tiada siapa yang mampu memiliki Sofia jika aku tidak dapat memilikinya' tegas Skylar. Sofia merayu kepada Skylar agar tidak mencederaka Azizi dan berjanji akan mengahwininya sebagai umpan agar Skylar melepaskan Azizi. Sebaik sahaja Azizi dilepaskan, Sofia terus menembak Skylar menggunakan laser yang direka khas untuk memusnahkan robot. Skylar rebah namun dia bangkit semula untuk melawan. Azizi yang menyedari keadaan tersebut segera melepaskan beberapa das tembakan ke arah Skylar dan akhirnya Skylar meletup di situ kerana wayar dalam badannya sudah rosak teruk akibat terkena tembakan yang bertubi-tubi.

  Azizi dan Sofia berasa sangat lega dan pernikahan mereka tetap dijalankan. Namun begitu Azizi akhirnya membatalkan cita-citanya untuk memasarkan robot ciptaannya itu kerana bimbang perkara yang sama akan berulang dan mampu mengancam nyawa orang ramai. Azizi telah memusnahkan sema robot yang bakal dipasarkan seminggu sahaja lagi itu. Dia akur. Beberapa tahun kemudian,iaitu pada tahun 2023 Azizi muncul pula dengan kenderaan ciptaannya yang tidak memerlukan pemandu dan mampu berjalan di darat mahupun udara. Teknologi ciptaannya itu mendapat sambutan hangat seluruh dunia kerana telah memudahkan kehidupan manusia serta mengurangkan pencemaran. Azizi akhirnya muncul sebagai usahawan terkenal dunia.

No comments:

Post a Comment